Thursday, September 17, 2009


Selamat Hariraya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba di ucapkan kepada Tuan Pengarah PTSS, TPA, TPSA, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Pensyarah-Pensyarah, Us. Razak sekeluarga, Us. Hamdan Sekeluarga, Ketua Warden, Warden-Warden, AJK Jawatankuasa Pelajar Kamsis dan semua pelajar-pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dengan ucapan "maafkanlah segala kesalahan yang di lakukan selama ini, maaf zahir batin. Semoga Allah memasukkan kita bersama orang-orang yang muttaqin."


Monday, September 14, 2009

nak kata tak gheti tapi reti









Gambar2 ini di ambil pada hari Jumaat 4/9/09 pukul 12.00 tgh. Awat tak gheni sangat niiiiii ???


Gambar motor2 ini di ambik berada di tepi blok A5 pada hari ini pukul 7 pagi. Disitu bukan tempat parking cek oiiiiiiiiiiiiii.................
gheti dakkkkkkkkkkkkkkkkk ??????????????

Friday, September 11, 2009

RAMADHAN BULAN MULIA


PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

Bermula esok pelajar sem 1 akan mula bercuti. Lama mereka cuti , 3 minggu..........Hari ini mereka akan mula pulang ke kampung halaman tercinta. Harapan dan doa saya semoga selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju. "Pandu selamat jiwa selamat". Lebih-lebih lagi yang menunggang motosikal. Bagi pelajar sem. lain janganlah "jelous", lepa masuk belajar awai..............
Ikutilah nasihat PM kita( dipetik dari Utusan Online)
Najib nasihat pelajar universiti berhati-hati di jalan raya

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan golongan muda dan pelajar universiti supaya mengutamakan keselamatan semasa berada di jalan raya terutama ketika menuju ke destinasi masing-masing menjelang Aidilfitri ini.
Perdana Menteri berkata, kumpulan tersebut yang merupakan aset penting masa depan negara, perlu memastikan tahap keselamatan mereka sentiasa diberikan keutamaan.
"Menjelang Hari Raya tidak lama lagi, adalah menjadi harapan saya agar semua pemandu terutamanya pemandu kenderaan awam dan penunggang motosikal memberikan keutamaan terhadap keselamatan sewaktu di jalan raya ketika menuju ke destinasi masing-masing.
"Kepada generasi muda dan para pelajar di institusi pengajian tinggi, ingatlah anda adalah aset penting masa hadapan negara," katanya.
Najib berkata demikian dalam rakaman video pesanan ringkas beliau sempena program khas 'Mesej Daripada Perdana Menteri' sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Sebelum mengakhiri pesanan itu, Najib juga menyampaikan pantun empat kerat yang berbunyi:

Satu Malaysia Bersatu Padu,
Bersatu Padu Penuh Semangat,
Pesanan Saya Buat Pemandu,
Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Thursday, September 10, 2009

KEMATIAN PASTI DATANG

Salam takziah kepada sahabatku yang kematian ibu tercintanya pagi ini(10/09/2009). Inna lillah hi wa inna ilaihi rajiauun.................
bersabar di atas segala perkara yang berlaku kepada kita. Ajal maut di tangan tuhan......
Teringat aku 22 tahun lalu ketika kematian ayahanda tercinta. Walaupun kehilangan ayah adalah sesuatu yang menyedihkan tetapi bagi aku dan abangku hanya titisan airmata sahaja yang keluar. Mungkin ayahandaku telah mengajar kami erti kematian. Aku selalu di ajak oleh ayahandaku untuk memenuhi jemputan sembahyang "mayat"(jenazah). Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja jemputan....... Pada mula aku dan rakan2 sangat suka pergi, bukan kerana apa.... sekali sembahyang 2 @ 3 ringgit dapat. " sekali kepak seringgit". Seorang abangku boleh simpan duit sembahyang jenazah untuk beli kereta "tunai"(kereta vw) masa tu hebat la vw.
Tiga tahun selepas itu aku kehilangan pula bonda tercinta semasa aku di perantauan...... Allah hu akbar...... terlalu sedih. Nak balik tak boleh jauh lagi pun dekat exam..... Bersabar je laaa..... setiap malam ku hadiahkan ayat2 Al-Quran untuk bonda tercinta dengan linangan airmata.
Selepas itu ku rasakan hidup ini kosong....... tidak ada tempat untuk mengadu. Dipendekkan cerita............... aku mengambil keputusan untuk mencari pasangan tempat bermanja dan meluahkan perasaan....... Lalu bertemulah dengan zaujadi habibati di bumi anbiyak hingga ke hari ini....
Akhirnya Al- Fatihah untuk ibubapaku, ibu sahabatku, guru-guruku dan seluruh kaum muslimin yang telah kembali ke rahmatullah........................Al- fatihah
Wassalam

PERJUMPAAN KETUA ARAS BLOK LELAKI DAN AJK BIRO KEROHANIAN KAMSIS DI BILIK REKRIASI A3

SUASANA KAMSIS PTSS

PROGRAM BERBUKA DENGAN RAJA PERLIS







Wednesday, September 09, 2009

USRATI

zaujati

ALONG WIDAD MOHD ADIK

SEKALI DIKETUK SEKALI BERBUNYI


Hari ni dah hari ke 19 Ramadhan............. begitu cepat Ramadhan berlari meninggalkan kita. Terkapai-kapai kita mengejarnya dalam kehidupan yang fana ini. Semalam suasana di Pusat Islam Politeknik meriah sekali. Selepas Ketua Biro Kerohanian Kamsis mengetuk dengan ancaman barulah penuh Pusat Islam.......
Alhamdulillah ..... bersukur kepada Allah walaupun di paksa dan terpaksa student kita dapat mengerjakan solat tarawih..... Teringat kat anak2 kat umah pun cam tu jugak la.... kena ketuk dulu baru jalan. Cuma harapan yang menggunung agar apabila tamat pengajian nanti student kita akan teringat dan mambawa peristiwa baik yang didapati di Politeknik ini didalam kehidupan mereka.
Wassalam.....

Tuesday, September 08, 2009

TARAWIKH OH TARAWIKH


Ramadhan oh ramadhan, terlampau banyak nikmat yang Allah curahkan kepada hambanya yang sentiasa beribadat kepada-Nya terutama dalam bulan yang mulia ini. “ kullu ‘am waantum bilkhair”. Sebagai manusia lain tidak bukan mestilah perbanyakkan amalan yang mana kita tahu bahawa setiap apa yang kita lakukan pada bulan ini akan diberi ganjaran sekali pun kita tidur, berdasarkan kepada hadis nabi yang berbunyi:
“ senyap orang yang berpuasa itu merupakan tasbih, tidurnya ibadat, doanya mustajab dan balasan amalan di lipat ganda”

Ada pun yang dimaksudkan “tidur” itu bukanlah tidur sepanjang hari, bermula pagi hari hingga waktu berbuka malahan perkara itu makruh. Tidur ini hanya sekadar unutuk merehatkan sahaja seperti tidur sebelum zohor dan tidur untuk mendapatkan malamnya itu dengan beribadat.
Allah humma barikna fi rejab wa syaaban wa ballighlna fi ramadhan”. Doa yang ringkas namun terdapat pelbagai makna yang tersirat. Apa yang kita tahu bahawa doa Rasulullah ini sudah dibacakan sejak bulan rejab lagi untuk mendapat keberkatan didalam bulan tersebut dan bulan2 yang lain. masih lagi diberi pinjam tubuh badan ini untuk mendapatkan ganjaran di bulan ramadhan ini. Abu Hurairah r.a berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda :
“ apabila datang bulan Ramadhan maka dibuka pintu2 syurga dan ditutup segala pintu2 neraka dan syaitan dibelenggu”

Berdasarkan hadis nabi ini, sebenarnya kita selaku umat islam telah menang dan sangat beruntung kerana salah satu musuh kita telah dibelenggu iaitu syaitan. Hanya perlu untuk melawan nafsu yang ada pada diri disamping kita diberi ganjaran setiap apa yang kita lakukan malahan berlipat2 ganda dari bulan2 sebelum ini. Jika diperhatikan kenapa Allah tidak menyuruh nabi berperang (perang badar) pada bulan rejab sedangkan pada bulan itulah terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan kepada mereka?

Kenapa Allah menyuruh nabi berperang pada bulan ramadhan?. Sebabnya bulan ini adalah bulan kemenangan bagi seluruh umat islam seperti yang diceritakan dalam surah Al-Haj ayat 39-40

Pengalaman ku di bumi anbia dulu

Ketika Ramadhan 1998 diriku ini sangat beruntung kerana dapat memulakan puasa di bumi Mesir dan juga merupakan bumi para2 anbiya’ dan sahabat disamping ulama’2 yang tinggi darjatnya. Solat tarawih kali ini aku bersama dengan jamaah orang Mesir sendiri kerana tahun lepas hanya bertarawih bersama orang Malaysia sahaja. Masjid Amru Al Asr selalu menjadi pilihanku . Tarawih disini hanya melakukan 8 rakaat sahaja berbanding Malaysia ada yang membuat sehingga 20 rakaat namun itu semua tidak jadi masalah untuk dilakukan.

Pada awalnya ku menjangka bahawa surah yang dibacakan adalah sama seperti di Malaysia yang kebanyakannya hanya membaca surah yang pendek2 atau juzuk a’mma. namun apa yang dibacakan adalah juzuk 1 sehingga habis yang merangkumi 8 rakaat itu. Setiap satu juzuk mempunyai 8 makra’( ain) dan setiap rakaat dibaca 1 makra’ yang mana 1 makra’ itu, 2 muka surat, dua muka surat setengah atau 3 muka surat. Ketika rakaat yang ke-4 lagi kaki dah mula lenguh, apa pun nak tak nak terpaksalah tahan sehingga habis tarawih bersama2 dengan witir sekali. Memang lenguh kerana kebiasaannya hanya surah yang pendek2 tapi kali ini terpaksa kuatkan diri. Tetapi Imamnya membaca dengan sedap sekali Sheikh Mohd. Jibril.

Aku terkejut sedikit kerana orang arab berpelukan selepas habisnya sembahyang dan mengucahkan tahniah, kenapa tiba2 orang arab ini ucap tahniah?. Rupanya baru aku tahu bahawa mereka dapat masuk lagi kedalam bulan ramadhan tahun ini. Masing2 berpelukan (laki ngan laki je) dengan ucapan tahniah kepada kawan mereka. Mereka menganggap bahawa beruntung sekali dapat Ramadhan kali ini, wajah masing2 berseri2 kerana terlalu gembira disamping sambutan menyambut Ramadhan sungguh meriah seperti menyambut hari raya.

Berlainan pula di Malaysia, yang aku rasakan amalan ini jarang dilakukan oleh masyarakat kita. Apa yang disambut adalah hari raya yang merupakan hari kemenangan juga tapi Ramadhan inilah sebenar-benarnya bulan kemenangan bagi umat islam. Ketika itu juga perasaanku juga seperti ingin dipeluk kerana aku juga dapat masuk dalam Ramdhan ini tapi hanya sekadar bersalam sahaja. Walaupun hanya dengan ucapan tahniah itu, makna disebalik kalimah itu membawa erti yang pelbagai seolah-olah bulan2 sebelum ini adalah bulan “berperang” dan apabila masuk sahaja bulan ramadhan terus perolehi kemenangan.
Kadang2 terfikir sejenak kenapa Allah meletakkan ramadhan ini hanya sebulan? Kenapa tidak 2 atau 3 bulan? Yang mana ganjaran kesemuanya adalah sama?. Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian Allah itu.
“Allahumma innaka ‘afwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna” perbanykkan doa ini ketika Ramdhan ini terutama apabila masuknya 10 malam terakhir yang kita tahu bahawa salah satu malam itu adalah malam lailatul qadr. Seperti apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW :
“barang siapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan maka diampunkan dosa2 yang terdahulu”Kita pon sudah tahu tentang sabda nabi ini, namun apa tindakan kita. Adakah hanyat idur sahaja atau duduk sahaja? Banyakkanlah ibadat…

Suasana Pusat Islam Politeknik sungguh mengharukan . Malam mula-mula Ramadhan tak ramai pelajar yang pi Solat tarawikh….. Lepas tu aku meminta Ketua Biro Kerohanian JPK saudara Sufian membuat annaun memintak pelajar pergi menunaikan Solat Tarawikh. Sebelum itu aku dulu yang memberi Tazkirah melalui pa sistem di Kamsis. Ramai la dua tiga malam . Itu pun tak semua turun………… la ni ya Allah tinggai 3 saf sahaja….. masha allah , kenapa berlaku begini. Sedangkan solat tarawikh ni sebulan je Allah kurniakan kepada kiteeee……. Kalau ajak student pi tengok konsert ke, pi kangaq ka, pi tgk cd tu ke. Ya Allah.... penuh bilik , setiap hari pun takpa...... Maksud saya ni, bukan lah semua, ada yang komitment pi setiap malam , tahniah saya ucapkan.

Sekian untuk kali ini , sampai jumpa lagi.

Wassalam.

Sunday, September 06, 2009

HIKMAH NUZUL AL-QURAN DAN MALAM LAILATUL QADAR


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakauh..Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Peristiwa nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.
Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran.Firman Allah yang bermaksud :

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am 6:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq 96:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul Al-Quran Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul Al-Quran? Sebenarnya Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranyaFirman Allah SWT maksudnya :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!."
(Al-Qadr 97:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.PanduanDari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
PERTAMA - Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam Al-Quran
KEDUA - Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
KETIGA - Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam Al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam Al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.Manakala penurunan Al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu.
Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.Kesimpulan Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul Al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat Al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.

Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca Al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ Al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam Al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
Wallahu A'lam..

PENGETUA KAMSIS PTSS


Friday, September 04, 2009

PROGRAM DI PTSS (tahun lepas)



ALBUM JPK JULAI 2009


Pada hari pendaftaran kamsis Ketika wabak H1N1 melanda politeknik

Ketika kursus pengurusan organisasi