"Takkan nak jadikan Politeknik ini Politeknik Islam". Itulah kalam yang keluar daripada mulut seorang yang berjawatan di PTSS. Terkejut saya......
Puncanya ialah warden-warden melarang/menegah pelajar lelaki dan perempuan "berbincang" di cafe Kamsis.
Kenapa dikaitkan Islam dalam perkara ini. Adakah islam itu hanya kerana tidak membenarkan pelajar berbincang atau berdua-duaan ? adakah kerana pihak warden mencegah perkara mungkar tersebut sahaja termasuk dalam Islam? Adakah bila sesuatu yang dilakukan diatas muka bumi ini atau dalam kata lain Islam hanya perlu diletakkan di masjid @ pusat Islam sahaja ? Ditempat-tempat lain tak payah...... Pergaulan, pakaian, akhlak biarkan sahaja..... kan kita perlu bebas ? tak payah kongkong sangat . tak payah tegah sangat apa yang pelajar lakukan.... open la sikit..... Apakah itu yang di kehendaki? Adakah kita sanggup menerima cucu lagi setelah cucu sulung dulu sudah berumur 3 tahun ?
Islam ialah "the way of life" sistem kehidupan manusia. Seluruh kehidupan kita mestilah berlandaskan kepada Islam. Di mana sahaja kita berada, di Perlis, di Malaysia, Di Politeknik semuanya mestilah mengikut peraturan dan hukum Islam. Jangan kita bezakan di antara kehidupan kita di mana sahaja, mestilah mengikut apa yang di kehendaki oleh Allah dan Rasulnya.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah di tegah oleh Allah Taala. Walaupun tegahan tersebut dianggap kolot, ketinggalan zaman, hukum Allah tetap tidak berubah. Berbincang di benarkan tetapi mestilah dengan pemantauan dari pihak yang bertanggjawab. Saya tak nak menaggung dosa dengan hanya melihat sahaja apa yang berlaku.
Rasulullah bersabda yang bermaksud" jika kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah di cegah dengan tangan (kuasa). Jika kamu tidak berkuasa, dengan perkataan, Jika kamu tidak berkuasa juga, dengan hati kamu. Itu lah selemah-lemah Iman......
Jadi, bersempena dangan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita dan menaruh keazaman yang jitu untuk melihat pelajar-pelajar kita berjaya di dunia dan akhirat.
Wassalam
No comments:
Post a Comment