Wednesday, August 26, 2009

Awal Kalam

Salam ramadhan untuk semua warga PTSS..... belum terlambat lagi rasanya saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Didoakan puasa kita akan diterima oleh Allah Taala....... Hari ini sudah lima hari kita berpuasa dan hari ini adalah hari pertama saya menulis didalam blog Pengetua Kamsis ini.

Syukran di ucapkan kepada 2 teman baik saya yang membantu saya membangunkan blog ini. Tujuan saya menulis dalam blog ini ialah untuk menyampaikan maklumat dan perkara-perkara penting mengenai kamsis dan untuk berkongsi serba sedikit maklumat dan pengetuhuan dengan semua.

Sebagai pengetua kamsis memang banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa di tempuh dan dilalui. keluhan dalaman boleh di sembunyikan. Hanya kepada sahabat baik boleh dicurahkan dan dimintak pandangan. Dugaan luar dan dalam. Pelajar dengan cara pelajar, orang yang menguruskan pelajar dengan cara masing-masing. Itu lah asam garam kehidupan, kalau tak dak cubaan dan dugaan itu bukan kehidupan namanya.

Alhamdulillah ................ banyak-banyak bersyukur kepada Allah yang menjadikan kita, yang memberikan udaranya untuk kita bernafas. Pelajar -pelajar Kamsis PTSS sudah tidak banyak lagi yang demam. Ada lagi yang sakit seperti biasa. setiap malam warden terpaksa "start" kereta membawa pelajar ke Hospital yang jauh lebih kurang 23 km. Itulah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh warden2.

Baru-bari ini sedang saya menuju ke Changlon untuk membeli keperluan makan sahur anak2 hp berbunyi " ustaz , kawan saya pengsan....... tak bergerak langsung..... ketaq juga saya. lalu berhenti di tepi jalan call warden yang bertugas... ttpi kedua-duanya telah ke hospital. call pulak seorang warden yang mmg senang la jika di mintak bantuan. Tapi....... slow je bunyinye.. isteri saya ada ustaz. oppp sory byk2....... Lalu saya pun pusing balik "sarena" terus membawa pelajar tersebut ke hospital. memang dia tak bergerak langsung. Dalam kereta dok teringat adakah ini kes pertama di Politeknik......... Tetapi ajal dan maut ditangan tuhan. Pelajar tersebut kembali normal setelah di masukkan 2 botol air.

Pulang dari Hospital lebih kurang pukul 2.30 pagi, biasala pagi2 mana ada kereta lalu lampu merah pun di anggap hijau. Tiba-tiba........ jeng jeng jeng......... kereta peronda polis datang dari belakang. Lesen en...... Saya tak berkata apa2 cuma.... serahkan lesen da ic saja. salah seorang dari pak polisi tu kata" kami bukan cari en.... tapi dah berlaku depan kami , saman tetap kena. Saya saja je kata bawa pelajar sakit tuan.... Lalu kena la saya di saman RM300.00.

Nak sambung sikit lagi....... kadang-kadang manusia malakukan sesuatu perkara dirasakan dah ok, dah kena caranya. Tetapi kita perlu ingat bahawa setiap pekerjaan kita akan di hitung oleh Allah Taala. Setiap program yang kita aturkan/ jalankan mestilah mempunyai perancangan yang di gariskan dan ditetapkan. Di Kamsis kita mempunyai Pengetua, Warden2, Penyelia Jawatankuasa Pelajar Kamsis yang akan menguruskan perjalanan kamsis supaya bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh pihak Pengurusan PTSS. Jpk mempunyai biro-biro yang mempunyai penasihat di kalangan Warden2. Sebarang Aktiviti pelajar yang hendak dilaksanakan mestilah melaui proses dan jalannya. Yang susahnya kan......... kalau sesuatu aktiviti itu diakui bahawa aktiviti tersebut adalah aktiviti Kamsis.... Ini yang susahnya. Pengerusi JPK tak tau, Warden Biro tak tau, Ketua Warden tak tau dan Pengetua sendiri pun tak tauuuu........walaupun program tersebut berfaedah. Ishh pelik bin ajaib namanya tuuuu..... jadi sama-samalah kita perbetulkan mana-mana yang tersilap tuuuu.............

Rasanye sekian lah untuk kali pertama ini . jumpa lagi dilain kali. salah dan silap harap diampunkan terutamanya di bulan mulai lagi berkat ini ....... Wassalam.


AKTIVITI MALAM INI

Perjumpaan dengan ketua Aras Blok Lelaki.

No comments: