Friday, August 28, 2009

PROGRAM JPK

  1. Mahabbah Ramadhan - 2 September 2009 (Rabu)

Tempat : Restoran Maicafe kangar .

2. Karnival Kamsis - 10 Oktober 2009

JAWATANKUASA PELAJAR KAMSIS(JPK) PTSS SESI JULAI 2009

PENASIHAT JAWATANKUASA PELAJAR KAMSIS JULAI 2009

Us. Yasir Bin Othman
Pengetua Kamsis

En. Ahmad Shokri Bin Hamid
Ketua Warden

En. Nazri Bin Rejab
Pn. Suhaini Bt. Mat Daud
Penolong Ketua Warden 1
(Biro Disiplin Dan Keselamatan)

Cik Nur Adlina Bt. Hj. Mohamad
Penolong Ketua Warden 2
(Biro Keceriaan Dan Fasiliti)

En. Mohd. Hafiz Bin Hassan
Biro Kebajikan & Sosial

Pn. Hazanal Suzima Binti Hassan
Biro Kerohanian Kamsis

Us. Iruwan Bin Idris
Biro Sukan Dan Rekreasi

Pn. Shamsun Binti Zakaria
Biro Helwani

En. Syahrul Hi-Fi Syam B. Ahmad Jamil
Biro Akademik Dan Kepimpinan

Pn. Norjainah Binti Mohd. Yusof
Biro Kesenian Dan Kebudayaan

En. Mohd. Azha Bin Ismail
Biro Seranta Dan Lawatan

Cik Syarifah Nadiya Bt. Syed Yahya
Biro Multimedia Dan Publisiti

SENARAI JAWATANKUASA PELAJAR KAMSIS JULAI 2009

Nor Izwani Bt. Damanhuri
Pengerusi

Muhamad Dazuki B.Mustafar
Timb. Pengerusi 1

Muhammad Ayub Al-Ansary B. Mohamed Osman
Timb. Pengerusi 2

Nur Atiqah Bt Azizol
Setiausaha

Muhamad Haris B. Abdul Omar
Timb. S/U

Nurul Nadiah Bt Mustafa
Bendahari

Siti Sarah Bt Bakar
Timb. Bendahari


Mohammad Suffian B. Rosman
Ketua Blok A2

Mohammad Erwan Zaki B. Mad Radzi
Ketua Blok A3

Mohamed Saif Bin Mohamed Subri
Ketua Blok A4

Ahmad Fauzi B. Yahya
Ketua Blok A5

Hudassari Bt. Abdul Hashim
Ketua Blok B1

Nurul Husna Bt. Hanafi
Ketua Blok B2

Aziaton Bt Abu Bakar
Ketua Blok B3

Noor Hazlinda Bt Abd Azi
Ketua Blok B4

Noor Hasyidah Bt Abu Bakar
Ketua Blok B5

Rosmehaida Bt Mohamad Zuki
Ketua Blok B6

Mohd. Suffian Bin Rosman
Siti Zaibah Bt Abd Wahab
Biro Kerohanian

Pratap A/L Panchacharam
Fiza Nur Aiza Bt Fadir
Biro Keceriaan & Fasiliti
Mohamed Saif B.Mohamed Subri
Mashaslinda Bt Mohd Ismail
Biro Displin & Keselamatan

Nor Ilfa Bt Said
Biro Helwani

Nuzul Syamilb. Nazri
Biro Sukan & Rekreasi

Muhammad Farid b. Anuar
Biro Multimedia & Publisiti

Basyiri B. Asnan
Nor Hafidah Bt Mohd Yunos
Biro Kesenian & Kebudayaan

Syed Zainal Abidin B. Syed Ali
Biro Seranta & Lawatan

Aziaton bt. Abu Bakar
Biro Akademik & Kepimpinan

Baddariah Bt Baddaruldin
Biro Kebajikan & Sosial

ISLAM DAN KEHIDUPAN

"Takkan nak jadikan Politeknik ini Politeknik Islam". Itulah kalam yang keluar daripada mulut seorang yang berjawatan di PTSS. Terkejut saya......


Puncanya ialah warden-warden melarang/menegah pelajar lelaki dan perempuan "berbincang" di cafe Kamsis.


Kenapa dikaitkan Islam dalam perkara ini. Adakah islam itu hanya kerana tidak membenarkan pelajar berbincang atau berdua-duaan ? adakah kerana pihak warden mencegah perkara mungkar tersebut sahaja termasuk dalam Islam? Adakah bila sesuatu yang dilakukan diatas muka bumi ini atau dalam kata lain Islam hanya perlu diletakkan di masjid @ pusat Islam sahaja ? Ditempat-tempat lain tak payah...... Pergaulan, pakaian, akhlak biarkan sahaja..... kan kita perlu bebas ? tak payah kongkong sangat . tak payah tegah sangat apa yang pelajar lakukan.... open la sikit..... Apakah itu yang di kehendaki? Adakah kita sanggup menerima cucu lagi setelah cucu sulung dulu sudah berumur 3 tahun ?
Islam ialah "the way of life" sistem kehidupan manusia. Seluruh kehidupan kita mestilah berlandaskan kepada Islam. Di mana sahaja kita berada, di Perlis, di Malaysia, Di Politeknik semuanya mestilah mengikut peraturan dan hukum Islam. Jangan kita bezakan di antara kehidupan kita di mana sahaja, mestilah mengikut apa yang di kehendaki oleh Allah dan Rasulnya.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah di tegah oleh Allah Taala. Walaupun tegahan tersebut dianggap kolot, ketinggalan zaman, hukum Allah tetap tidak berubah. Berbincang di benarkan tetapi mestilah dengan pemantauan dari pihak yang bertanggjawab. Saya tak nak menaggung dosa dengan hanya melihat sahaja apa yang berlaku.
Rasulullah bersabda yang bermaksud" jika kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah di cegah dengan tangan (kuasa). Jika kamu tidak berkuasa, dengan perkataan, Jika kamu tidak berkuasa juga, dengan hati kamu. Itu lah selemah-lemah Iman......
Jadi, bersempena dangan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita dan menaruh keazaman yang jitu untuk melihat pelajar-pelajar kita berjaya di dunia dan akhirat.
Wassalam

BERITA PALSU

Pagi tadi buka hp, tengok ada mesej. Buka..... ada berita yang mengejutkan. Datok Ismail kamus meninggal dunia.. Hilang seorang lagi Ulama di Malaysia. Forward la sms tu kt member baik hambo.... pah tu ada sorang tu kata berita tak benar tuuu.
Pah tu masuk tandas ....tiba-tiba isteri ketuk pintu tandas, abang, abang berita tu palsu laaa.... ni ada dalam mhi TV3, Us. Zahazan kata dia call Datok Ismail Kamus dok di Mekah buat Umrah, Esok balik......... Ishhh...... sms ni bukan boleh percaya terus, kena check dulu berita tu palsu ka dak.
Hidup kita ni macam tu la....... segala berita yang sampai kepada kita kena teliti dulu . nanti menimbulkan fitnah kalau berita tu tak benar.

Wednesday, August 26, 2009

Awal Kalam

Salam ramadhan untuk semua warga PTSS..... belum terlambat lagi rasanya saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Didoakan puasa kita akan diterima oleh Allah Taala....... Hari ini sudah lima hari kita berpuasa dan hari ini adalah hari pertama saya menulis didalam blog Pengetua Kamsis ini.

Syukran di ucapkan kepada 2 teman baik saya yang membantu saya membangunkan blog ini. Tujuan saya menulis dalam blog ini ialah untuk menyampaikan maklumat dan perkara-perkara penting mengenai kamsis dan untuk berkongsi serba sedikit maklumat dan pengetuhuan dengan semua.

Sebagai pengetua kamsis memang banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa di tempuh dan dilalui. keluhan dalaman boleh di sembunyikan. Hanya kepada sahabat baik boleh dicurahkan dan dimintak pandangan. Dugaan luar dan dalam. Pelajar dengan cara pelajar, orang yang menguruskan pelajar dengan cara masing-masing. Itu lah asam garam kehidupan, kalau tak dak cubaan dan dugaan itu bukan kehidupan namanya.

Alhamdulillah ................ banyak-banyak bersyukur kepada Allah yang menjadikan kita, yang memberikan udaranya untuk kita bernafas. Pelajar -pelajar Kamsis PTSS sudah tidak banyak lagi yang demam. Ada lagi yang sakit seperti biasa. setiap malam warden terpaksa "start" kereta membawa pelajar ke Hospital yang jauh lebih kurang 23 km. Itulah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh warden2.

Baru-bari ini sedang saya menuju ke Changlon untuk membeli keperluan makan sahur anak2 hp berbunyi " ustaz , kawan saya pengsan....... tak bergerak langsung..... ketaq juga saya. lalu berhenti di tepi jalan call warden yang bertugas... ttpi kedua-duanya telah ke hospital. call pulak seorang warden yang mmg senang la jika di mintak bantuan. Tapi....... slow je bunyinye.. isteri saya ada ustaz. oppp sory byk2....... Lalu saya pun pusing balik "sarena" terus membawa pelajar tersebut ke hospital. memang dia tak bergerak langsung. Dalam kereta dok teringat adakah ini kes pertama di Politeknik......... Tetapi ajal dan maut ditangan tuhan. Pelajar tersebut kembali normal setelah di masukkan 2 botol air.

Pulang dari Hospital lebih kurang pukul 2.30 pagi, biasala pagi2 mana ada kereta lalu lampu merah pun di anggap hijau. Tiba-tiba........ jeng jeng jeng......... kereta peronda polis datang dari belakang. Lesen en...... Saya tak berkata apa2 cuma.... serahkan lesen da ic saja. salah seorang dari pak polisi tu kata" kami bukan cari en.... tapi dah berlaku depan kami , saman tetap kena. Saya saja je kata bawa pelajar sakit tuan.... Lalu kena la saya di saman RM300.00.

Nak sambung sikit lagi....... kadang-kadang manusia malakukan sesuatu perkara dirasakan dah ok, dah kena caranya. Tetapi kita perlu ingat bahawa setiap pekerjaan kita akan di hitung oleh Allah Taala. Setiap program yang kita aturkan/ jalankan mestilah mempunyai perancangan yang di gariskan dan ditetapkan. Di Kamsis kita mempunyai Pengetua, Warden2, Penyelia Jawatankuasa Pelajar Kamsis yang akan menguruskan perjalanan kamsis supaya bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh pihak Pengurusan PTSS. Jpk mempunyai biro-biro yang mempunyai penasihat di kalangan Warden2. Sebarang Aktiviti pelajar yang hendak dilaksanakan mestilah melaui proses dan jalannya. Yang susahnya kan......... kalau sesuatu aktiviti itu diakui bahawa aktiviti tersebut adalah aktiviti Kamsis.... Ini yang susahnya. Pengerusi JPK tak tau, Warden Biro tak tau, Ketua Warden tak tau dan Pengetua sendiri pun tak tauuuu........walaupun program tersebut berfaedah. Ishh pelik bin ajaib namanya tuuuu..... jadi sama-samalah kita perbetulkan mana-mana yang tersilap tuuuu.............

Rasanye sekian lah untuk kali pertama ini . jumpa lagi dilain kali. salah dan silap harap diampunkan terutamanya di bulan mulai lagi berkat ini ....... Wassalam.


AKTIVITI MALAM INI

Perjumpaan dengan ketua Aras Blok Lelaki.

Friday, August 21, 2009

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua terutamanya buat warga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. tujuan blog ini diadakan adalah supaya ia menjadi satu wadah atau medium di dalam penerimaan dan penyampaian sebarang maklumat berkenan kamsis PTSS. ia juga diharapkan dapat menjadi sumber pencetus keharmonian kamsis. jika anda mempunya sebarang cadangan dan idea di dalam penambahbaikan mutu perkhidmatan kamsis PTSS sila kemukakan dan insyaALLAH akan kami pertimbangkan. akhirkata, wassalam dan Selamat Maju Jaya!