Friday, October 23, 2009

KHUTBAH JUMAAT


KHUTBAH JUMAAT ( PERINGATAN UNTUK UMAT AKHIR ZAMAN )
PENGETUA KAMSIS/IMAM PUSAT ISLAM PTSS
Friday, 23 2009

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat yang berbahagia sekelian..
Bagaimanakah sebenarnya kita melihat kehidupan di dunia ini? Ini penting kerana apa yang kita lihat itulah yang akan kita dapat dan buat.Bak seseorang yang melihat politik sebagai medan untuk glamor maka glamor lah yang akan diperolehi, orang kedua melihat dan masuk politik kerana nak projek, maka projeklah yang akan dicari dan diperolehinya, ada yang masuk politik kerana memandangnya sebagai wasilah untuk berdakwah dan menegakkan kebenaran maka dia juga akan memperolehinya.
Begitulah juga bagaimana kita melihat kehidupan di dunia ini. Ada yang melihat sebagai medan menunjuk kuasa dan sangat berkuasa sehingga lupa yang dia akan mati dan kembali ke tanah yang hina.
Ada yang memandang dunia sebagai tempat bersenang lenang dan enjoy maka segala usahanya adalah untuk mencari kesenangan dan kebahagiaan yang sementara. Ada juga yang menyangka seolah dia akan hidup selamanya dan terus lalai tanpa persiapan untuk menuju kepada Allah.Justeru pandangan yang tepat dan selari dengan kehendak Allah sangat perlu untuk kita melihat tentang kehidupan di dunia ini. Bolehlah diertikan kehidupan di dunia ini sebagai kehidupan yang sangat lemah yang memerlukan saling kebergantungan antara satu sama lain dan dunia juga adalah sementara untuk mencari bekal ke alam bahagia yang kekal abadi.
Orang yang berjaya dan berkesan antara 7 cirinya yang disebut oleh steven covey ialah mula dengan mengingat matlamat akhir di minda dan ianya juga disebut di dalam Islam.Apabila direnungi maka kita akan mendapat jawapan seperti berikut:-
1) Mati
2) Dibangkitkan semula ( kiamat )
3) Dihitung amalan ( akhirat )

Siapakah diantara kita yang tidak akan mati di dunia ini? Seorang doctor yang di bahagian kecemasan untuk menyelamatkan nyawa seseorang pun pasti akan mati.”Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”.Begitu juga selepas kematian akan dihimpunkan semua manusia yang dinulainya dengan kedahsyatan hari kiamat yang mana langit akan pecah,planet-planet dan bintang-bintang akan berlanggaran dan hancur musnah,gunung gamang akan menjadi debu dan lautan akan menghamburkan api kepanasan tak kurang juga bumi yang bergoncang dahsyat dan mengeluarkan segala isinya. Kemudian akhirnya kita dihimpun dalam keadaan matahari yang hanya sejengkal di atas kepala untuk dihisab samada ke syurga dengan banyaknya amal pahala atau ke neraka dengan banyaknya perbuatan dosa.Mahu tidak mahu,setuju atau tidak inilah yang bakal berlaku kepada setiap seorang daripada kita selaku seorang yang beriman kepada hari kiamat yang merupakan salah satu rukun iman yang enam.Oleh itu sidang Jumaat rahimakumullah.
Orang yang bijak dan berjaya sentiasa membuat perancangan selari dengan matlamat akhir kehidupannya untuk terus hidup berjaya dengan kejayaan yang hakiki di bawah paksi surah az-Zariat ayat 56
“ Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri dan menyambahKu”
Apabila kita mencongak mudah ke manakah umur kita di dunia ini dihabiskan jika kita diberikan umur 65 tahun, itupun jika sampai.Kita tolakkan dahulu dengan 15 tahun umur yang maksimum biasanya seorang itu akil baligh yang mula dikira amalan baik buruknya ditanggung olehnya sendiri.Maka kira-tinggallah umurnya 50 tahun.50 tahun yang berbaki digunakan untuk apa?Adalah seperti seperti berikut:-
Jika satu hari kita tidur purata 8 jam sehari semalam maka 50 tahun yang berbaki ini akan dihabiskan selama 17 tahun untuk tidur.Itu tidak masuk tidur ketika khutbah,ketika kerja,depan computer dan sebagainya mungkin tahun untuk tidur boleh menjadi lebih.
Purata satu hari bekerja siang hari seperti mencari nafkah,belajar dan seumpamanya adalah 12 jam. Maka dia akan menghabiskan umurnya yang 50 berbaki tadi selama 25 tahun untuk aktiviti siang hari
Satu hari berehat minum-minum, makan, berkhayal, melepak adalah puratanya 4 jam. Maka kita akan menghabiskan 8 tahun untuk berehat, sedangkan kita akan berehat lama di alam sana. Dijumlahkan 17 tidur + 25 tahun kerja + 8 tahun berehat = habislah umur 50 tahun yang diperuntukkan kepada kita. Lalu bila masa pula kita akan beribadah khusus kepada Allah?
Katalah satu solat wajib akan dihabiskan selama 10 minit maka 5 waktu akan Berjaya dihabiskan selama 50 minit untuk solat,katalah ianya dibundarkan kepada sejam sehari.Kalau sejam sehari pun digunakan untuk solat kita baru menghabiskan selama 50 tahun umur berbaki ini hanya 2 tahun untuk solat.Itupun kalau satu solatnya 10 minit,dan biasanya professional hanya akan menghabiskan 1 minit setengah untuk solat manakala amatur hanya 3 minit setengah.2 tahun untuk solat dalam pada 17 tahun untuk tidur,25 tahun kerja siang hari dan 8 tahun berehat untuk membeli syurga Allah yang mahal harganya?!
Tetapi orang yang merancang untuk cemerlang di dunia dan akhirat tidak perlu risau kerana dia tahu seluruh hidup dan aktivitinya adalah ibadah walaupun tidur selama 17 tahun asalkan diniatkan kerana Allah dan dalam pada perbuatan yang dilakukan beserta niat kepada Allah itu tidak pula dia melanggar larangan Allah dan menbuat segala kewajipan yang difardhukan ke atasnya.
Sidang Jumaat yang bakal menemui Allah sekelian,
Baru-baru ini dan sehingga kini pun kita masih digemparkan dengan bala yang menimpa manusia di sana sini seperti Tsunami dan taufan di Samoa,Kongo di Negara kepulauan Pasifik,Taufan Ketsana yang melanda Negara-negara Asia seperti Vietnam,Filipina,Kemboja,Laos,dan gempa bumi di Indonesia yang mengorbankanbanyak nyawa dan harta benda.Ia merupakan peringatan kecil tentang kedahsyatan hari kiamat yang lebih hebat daripada segala bencana itu.

Bayangkan gambaran yang Allah menceritakan dalam surah Al-Zalzalah tentang perihal huru-hara kiamat ini seperti:-

1. apabila bumi digegarkan Dengan gegaran Yang sedahsyat-dahsyatnya,
2. serta bumi itu mengeluarkan Segala isinya,
3. dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa Yang sudah terjadi kepada bumi?"
1. hari Yang menggemparkan,
2. apa Dia hari Yang menggemparkan itu?
3. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Yang menggemparkan itu?
4. (hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu Yang terbang berkeliaran,
5. dan gunung-ganang menjadi seperti bulu Yang dibusar berterbangan.

1. apabila berlaku hari kiamat itu,
2. tiada sesiapapun Yang dapat mendustakan kejadiannya.
3. kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan Yang ingkar), dan meninggikan (golongan Yang taat).
4. (ia berlaku) semasa bumi bergoncang Dengan sebebar-benar goncangan.
5. dan gunung-ganang dihancur leburkan Dengan selebur-leburnya,
6. lalu menjadilah ia debu Yang bertebaran,

1. apabila langit terbelah;
2. dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
3. dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
4. dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
5. (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa Yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
Bayangkan sahaja bagaimana kalau sebuah pinggan yang dicampakkan diatas lantai yang keras lalu berderai dengan satu bunyi yang menggemparkan orang ramai.Tatapi pada hari kiamat buka sahaja pinggan yang pecah tetapi lebih besar daripada itu iaitu makhluk Allah yang paling besar namanya langit juga akan pecah bayangkan bagaimanakah bunyinya yang sangat-sanagat mengemparkan dan mematikan nyawa.
Ketahuilah sekalian jamaah rahimakumullah bahawasanya bala kecil yang berlaku ini boleh dikategorikan kepada 3 kategori:-
1) Merupakan ujian kepada hambanya yang soleh
1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

1) Merupakan kifarah dosa bagi hambanya yang adakalanya ingat dan adakalanya lupa
2) Merupakan bala’ hakiki kepada yang ingkar jahat sebagai pengajaran kepada orang yang selepasnya untuk diambil iktibar.
Sidang Jumaat yang dimuliakan sekelian
Kesemua bala yang berlaku ini adalah hasil daripada tangan manusia sendiri yang rakus dengan kehidupan dunia yang sementara ini.Ia disebut oleh Allah dalam surah al-Rum ayat 41

"telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
Justeru hadirin yang berbahagia marilah sama-sama kita kembali kepada tugas asal kita untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar pada semua peringkat agar bala yang seumpama ini tidak mengundang kita lagi.Ini pernah ditanya kepada nabi S.A.W oleh sahabat-sahabatnya “ Adakah kami akan binasa di bala sedangkan pada kami ramai orang-orang yang soleh?” Nabi menjawabnya dengan tenang dan yakin “ Ya.Jika banyak berlaku kejahatan.” Ketika itu walaupun ramai yang bengkak dahi kerana kuat solat dan qiamullailnya,walupun banyak orang yang puasa sunat,bersedekah,haji dan seumpamanya dalam masa yang sama tidak mempedulikan samada jiran saudaranya murtad atau berzina,mengambil rasuah atau berbunuhan,mengambil riba dan berbuat zalim,yang penting baginya “aku tak kacau orang sudah.. lantak la apa nak jadi pada mereka,yang penting aku tak tinggal solat ke masjid,aku puasa dan bayar zakat dan insyaAllah akan ke syurga”. adalah pandangan yang sangat salah dan bertentangan dengan hadis nabi tadi.
Individu mengamalkan apa yang Allah suruh dan menjauhkan larangan Allah,keluarga pula menjaga amanah Allah yang dikurniakan dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka iaitu isteri dan anak-anak agar tidak dihumbankan ke neraka Allah.Masyarakat pula bahu membahu membuat program yang bermanfaat kepada umum dan menguatkuasakan nahi mungkar sesama tetangga yang dianggap saudara sendiri,negara pula menjaga keselamatan dan keamanan sosial rakyat juga berkebajikan dalam pendidikan,kesihatan dan bantuan kepada yang memerlukan disamping memberi keadilan politik,ekonomi dan sosial kepada masyarakat menurut yang Allah kehendaki.Begitu juga masyarakat tegur menegur sesama pemimpin untuk terus menerus berada dalam keredhaan Allah dan jika sekiranya ini tidak berlaku tunggulah janji Allah yang mungkinlebih pedih daripada apa yang berlaku sekarang ini.
"dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya"









Friday, October 09, 2009

DARI MIMBAR PUSAT ISLAM PTSS

KAMSIS POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
ULU PAUH, 02600 ARAU, PERLIS

Khutbah Jumaat
Tarikh: 9/10/2009
Khatib : Us. Yasir Bin Othman
Pengetua Kamsis/ Imam Pusat islam PTSS



Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk Islam Jalan Penyelesaian


Muslimin sidang jumaat sekalian!

Rasulullah SAW telah berjaya mewujudkan perpaduan di dalam erti kata yang sebenarnya di Madinah selepas berlakunya hijrah di atas asas perpaduan iman dan perpaduan Islam.


Perpaduan Islam adalah satu perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan dan juga merupakan satu nikmat yang besar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Islam sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


"Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu, ketika kamu dahulunya bermusuhan, maka Allah menyatukan hati-hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmat itu bersaudara mara. Dan dahulunya kamu berada di tepi gaung neraka, maka Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu mendapat petunjuk."

Rasulullah SAW berjaya melahirkan perpaduan Islam yang berdasarkan kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Penduduk asal Madinah, golongan Aus dan Khazraj telah disatukan oleh Rasulullah SAW, sedangkan sebelum mereka memeluk Islam, mereka berpecah dan sentiasa berperang di antara satu sama lain.

Perpaduan di antara golongan Muhajirin, iaitu golongan yang berhijrah daripada Makkah ke Madinah kerana membawa agama dan mempertahankan aqidah di dalam hati mereka, dan golongan Ansar, iaitu penduduk Madinah yang memeluk Islam, yang sanggup menggadaikan harta benda, tanah air dan nyawa mereka kepada Islam dan perpaduan itu juga dibina di atas dasar Islam, bukan di atas dasar warna kulit dan keturunan.

Muslimin sekalian!

Mereka melaksanakan perintah Allah SWT ke atas mereka:

"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara
dua saudara kamu."

Dengan berdasarkan perpaduan Islam, umat Islam dapat berdiri teguh di Madinah dan dapat menguasai negara Madinah yang di dalamnya terdiri daripada berbagai bangsa yang menganut berbagai agama.
Syariat Islam dapat dilaksanakan menyebab rakyat bukan Islam boleh duduk aman di dalam Negara Islam.

Pada hari ini pula, berbagai-bagai ideologi dan fahaman yang direka oleh manusia untuk menyatupadukan sesama mereka. Ada yang berkata, perpaduan itu mestilah di atas dasar keturunan dan warna kulit.
Ada yang berkata, perpaduan itu mestilah di atas dasar sempadan negeri dan negara. Ada yang berpendapat bahawa perpaduan itu mestilah di atas dasar ekonomi dan lain-lain lagi.

Semua dasar perpaduan ciptaan manusia itu tidak kekal dilaksanakan. Ini kerana manusia bukannya bahan mentah seperti kayu, batu dan besi yang boleh dilonggok dan dikumpulkan begitu sahaja, tetapi manusia adalah makhluk yang mempunyai naluri dan perasaan yang dicipta oleh Allah SWT. Maka tidak akan wujud perpaduan melainkan dengan ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah SWT.

Tuhan yang menjadikan manusia dan Maha Mengetahui sifat-sifat dan perangai manusia. Di atas dasar Islam, umat Islam berjaya memerintah dunia beratus-ratus tahun lamanya, bermula daripada zaman Rasulullah SAW sehingga jatuhnya Kerajaan Uthmaniah di Turki pada tahun 1924 masehi. Kejatuhan umat Islam bukan kerana kelemahan umat Islam sendiri dengan sebab mereka meninggalkan ajaran Islam.

Berbeza dengan ideologi ciptaan manusia. Ideologi tersebut gagal kerana kelemahannya sendiri kerana bukan daripada Allah SWT. Lihat ideologi komunis yang diamalkan di Negara Rusia yang gagal dilaksanakan hanya beberapa puluh tahun selepas ianya diperkenalkan.

Demikianlah kegagalan ideologi komunis di Negara China dan beberapa buah lagi Negara Komunis. Demikianlah ideologi dan fahaman kapitalis di negara-negara barat juga gagal dilaksanakan. Walaupun berlaku perkembangan ekonomi dan teknologi di negara-negara barat tetapi akhlak dan budaya rakyat menjadi rosak dan manusia sudah tidak lagi mengenal Tuhan mereka.

Negara-negara maju di barat sekarang ini sedang menunggu saat kehancuran. Menjadi kewajiban kepada umat Islam untuk kembali semula kepada ajaran Islam untuk mengembalikan perpaduan dan kekuatan mereka setelah dilanda oleh berbagai-bagai bencana pada hari ini.


Selagi umat Islam tidak kembali kepada ajaran Islam, jangan diharap mereka dapat kembali kepada perpaduan dan jangan diharap mereka berjaya menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku ke atas mereka pada hari ini. Islam adalah jalan penyelesaian segala masalah umat Islam.

Lari daripada ajaran Islam bermakna lebih menambahkan lagi masalah-masalah tersebut, bahkan akan lahir lagi masalah yang tidak terfikir oleh umat Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati melainkan kamu di dalam Islam. Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah (Islam) dan jangan kamu berpecahbelah."

Tuesday, October 06, 2009

PELAJAR KETEGHAQ


Parking motor ditempat yang tidak dibenarkan - di tepi blok A5. Nak kata tau tau dah di beritahu selalu......... habih tu nak kata apa......


Monday, October 05, 2009

JAMUAN HARI RAYA

KAMSIS POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
ULU PAUH, 02600 ARAU, PERLIS
Tel : 04 – 9886200 Fax : 04 – 9886300
MEMO PERHUBUNGAN
DARIPADA
PENGETUA KAMSIS
TARIKH
2 Oktober 2009
KEPADA
Semua Warden Kamsis PTSS
SALINAN
Ketua Warden
PERKARA
JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Maklumat program adalah seperti berikut :

Hari : Rabu (malam khamis)
Tarikh : 7 /10 /2009
Tempat : Pejabat Kamsis PTSS
Jam : 8. 00 malam.

3. Tentatif program :

8.00 – 9.00 : Mesyuarat warden ( pengerusi : Ketua warden )
9.00 – 11.00 : Jamuan.

4. Semua warden diwajibkan hadir dan boleh membawa keluarga. Keluarga hendaklah di bawa selepas mesyuarat berakhir.

Sekian terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

_________________
(YASIR BIN OTHMAN)
Pengetua Kamsis
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

· Tetamu jemputan : 1. Tuan Pengarah PTSS
2. Timbalan Pengarah Akademik
3. Timbalan Pengarah SA

AJK JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI WARDEN

· SAMBUTAN
1. En. Yasir B. Othman
2. En. Ahmad Shori B. Hamid
3. En. Muhammad Nazri B. Rejab
4. Cik Nur Adlina Bt. Hj. Mohd

· MAKANAN
5. Cik Siti Khairunnisa Bt Ab Hadi
6. Pn. Shamsun Bt. Zakaria
7. Pn. Rosmariati Bt Mt Radzi
8. Pn. Norjainah Bt Mohd. Yusop
9. Pn. Masturah Bt. Mat Shah
10. Pn. Hazanal Suzima Bt. Hassan
11. En. Nor Haizan B. Mehat
12. Pn. Salasiah Bt Noodin
13. Pn. Suhaini Mat Daud
14. En. Mohd. Azha B. Ismail
15. Pn. Rohayatul Akma Bt Abu Bakar
16. En.-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Zulkifli B. Manaf
17. Pn. Nuradillah bt. Abbas

· PERSIAPAN TEMPAT
18. Cik Wan Rizegillah Bt. Hj Ab Wahid
19. Cik Zunainah Bt. Hamid
20. Pn. Nurulhayati Bt. Muda
21. En. Mohd. Safirol B. Md Yusof
22. En. Mohd Nurul Akmal B Mat Shah
23. En. Saiful Bin Shuib
24. En Husba Khairi Bin Hussain
25. Pn. Rozalita Bt Saupi
26. En. Mohd Ridzuan B. Abd. Rahman
27. En. Mohd. Azwan Mahmood
28. Cik Syarifah Nadiya Bt Syed Yahya
29. En Mohd. Fadhli B. Ahmad
30. En. Borhanuddin B. Ya
31. En. Kahirudi B. Mohd. Juni
32. En. Mohd. Hafiz B. Hassan
33. En. Mohd. Iskandar b. Mohd. salleh


· KENDARA
34. En.Mohd. Zaidi B. Yusof
35. En. Hamdan B. Zakaria
36. En. Razak Bin Nordin
37. En. Mohd. Hanafi Jusoh
38. En. Wan Mohd. Rizairi
39. En. Zubir B. Yahaya
40. Tn. Hj. Nasrul Effendi B. Hj Mat Nasir
41. En. Zulkifli Sulaiman
42. Pn. Puan Mui Lan
43. En. Johanis B. Mohd. Jamil
44. Cik Shrifatuz Zainiyah Bt. Abd. Rahman
45. En. Addzrul Hi-Fi B. Ahmad Jamil
46. En Hasminuddin B. Hashim
47. En. Irwan B. Idris
48. En. Mohd. Tarmizi B. Abd. Rahman
49. En. Shahrul Radzi B. Mad Zaki
50. En. Mohd. Fadil B.Alias
51. En .Mohd. Shaharom B. Idris
52. En. Syahrull Hi-Fi Syam B. Ahmad Jamil
53. En. Shamsul Anuar b. Abd. Aziz